Pages

Thursday 15 September 2011

Merenung Masa Depan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

dah lama aku x update blog. Hari ni baru berkesempatan meringankan tangan untuk update post baru nih. 2 minggu berturut - turut melunaskan kerja yang belum selesai, menyertai bengkel (orang teknikal) dan persiapan untuk pelajar baru yang bakal mendaftar. Sememangnya menguji kudrat dan keringat aku dan Alhamdulillah, satu per satu kerja itu selesai.

 ok, stop cerita pasal kerja. Sebenarnya, aku sedang mencari lubang - lubang kerja yang masih kosong untuk di isi sebagai juruteknik komputer. Kalau boleh, biarlah jawatan tu tetap. kukuh la sedikit kewangan kan. bukan apa. banyak perkara yang aku perlu lakukan dan selesaikan ketika usia muda nih. nak sambung blaja dan beberapa hal peribadi lain. kalau kerja dengan orang (kedai or syarikat bukan gomen) mungkin aku boleh konsider untuk berhenti seketika dan menyambung pelajaranku. tetapi, bila dah dapat gomen nih rasa sayang nak tinggalkan jawatan sebab banyak benefit yang kita dapat. kebanyakan kita pun mencari keje gomen. betul x??

Bila difikirkan, entah bila la aku dapat sambung study nih. tengok la keadaan macam mana nanti. sama ada ianya mengizinkan ataupun sebaliknya.

#k.. bai

Sunday 4 September 2011

Baraan Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama juga aku meninggalkan blog ini  waktu raya... Seminggu lebih juga la. hehehe... maklum la, rumah kat kg xde tenet. nak tethering dengan phone aku pun x dapat sebab kat kg xde 3G DiGi. ni dah balik ke Serdang, dapat lah online sampai lebam... hehehe...

Ok, nak dimulakan cerita, tanggal 31 Ogos 2011 (Hari Raya Kedua), orang kampung aku atau lebih tepat lagi Ahli Kariah Surau An-Nikmah Lorong 6 telah mengadakan baraan kampung untuk ziarah - menziarahi rakan - rakan dari rumah ke rumah. Acara ni mmg setiap tahun di adakan. jika dahulu, baraan ni diadakan pada Hari Raya Pertama, sejak tahun berapa tah... (lupe... muehehehe) telah diubah pada Hari Raya Kedua.

Suasana?? xpayah cerita lah... mmg meriah. apatah lagi baraan kali ni hanya belia - belia kg je dan sebilangan warga tua yang sertai. adik - adik, abg - abg, sedara mara lelaki semuanya menaiki motorsikal. hehehe... klu dah naik motor tue, paham - paham je la bunyi ekzos macam mane kan... hahaha...

Pagi tue, hujan rahmat turun membasahi kawasan kg. kalau ikutkan, pukul 8.30am or 9.00am dah start baraan dah. tapi disebabkan hujan pada ketika itu, maka tunggulah sehingga hujan reda pada sekitar pukul 10.00am. Alhamdulillah, lepas je hujan reda... cuaca "sejuk" mengiringi baraan kg kali nih... langsung xde panas terik. Rahmat Allah SWT kan.. siapa tahu. betul x?? :)

macam biasa setiap tahun, baraan ni dimulakan dirumah Tok Imam surau, Nazir surau, danPengerusi surau. selepas itu barulah rumah "anak - anak buah" @ ahli kariah surau.






Sekitar Baraan Kg. Sg. Sireh -Gambar-

dan penghujung program baraan nih, kami semua sempat mengadakan sesi fotoshoot bersama orang kampung beserta motorsikal masing - masing untuk dijadikan kenangan. waktu tu pun dah nak masuk maghrib. sekitar 6.30pm ke 6.45pm. dengan beberapa shot yang diambil, aku telah memilih gambar yang "the best" utk tatapan anda dan orang kg. aku. hehehe...



#okbai

Friday 26 August 2011

Selamat Hari Raya


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

rasa seperti sekejap sahaja ramadhan kali ini kan... tau2 dah pun 26 ramadhan dan beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan syawal pula.  Nak raya da?? cepatnye?? hehehe... seperti tidak sabar pula menunggu raya. :)

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andainya ada salah silap sepanjang perkenalan dengan rakan - rakan sekalian. jikalau ada TERkasar bahasa, TERover, TERmengumpat dan bermacam - macam lagi "TER..."nya, maafkan diri ini.

tahun ni tak tau la macam mana perjalanan selama 1 minggu cuti beraya nih kerana 5hb sudahpun kembali bertugas. aku pun sedang menyusun jadual hari raya ni dan insyaAllah, jika berkesempatan, aku datang beraya dirumah kawan - kawan satu sekolah dulu. rindunya aku pada mereka.


Jikalau ada masa yang terluang, jemput la datang ke rumah saya beraya ya.!memeriahkan lagi suasana hari raya. :)

K. Bye!

Tuesday 16 August 2011

Maafkan aku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Bukan mudah untuk menyayangi seseorang, apatah lagi dengan luahan kasih sayang yang kita berikan. sama ada cukup atau tidak, tidak ternilai rasanya. mungkin aku bukanlah insan yang bertahta di hatimu dan mungkin aku masih belum layak untuk semua ini.

Mood: breakheart - jiwa kacau-

K. Bye!

Thursday 4 August 2011

Oh! Kecilnya Seringgit Sekarang



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kecilnya la nilai duit seringgit sekarang kan?? kalau dulu, seringgit nih boleh dapat 5 jajan (yang 20cent) punya.. hahaha... klu kuih - muih lak, 3 RM1. so, setiap seringgit boleh beli 1 jenis kuih. tu dari segi makanan, len pula bab motor, mase minyak masih rendah @ murah, siap boleh order kat makcik kedai... "Makcik, Minyak motor singgit..." hahaha.. kelakar pula ingat time tu. betapa seronoknya ketika itu. tapi sekarang, seringgit nih macam da xde ape je kan?? kuih sekarang pun x dapat 3 rm1. sume nak genap je... 5 rm2.

dulu - dulu, fames dgn duit syiling singgit... siap boleh buat batu seremban pakai duit singgit lagi... hahaha.. klu ada yang duit kertas lak, simpan buat kenang - kenangan sebab bukan senang nak dapat duit seringgit kertas lama... betul x?? itu lah saja warisan yang boleh aku tunjuk nanti kat anak2 aku esok lusa... ecewah... :p

Then, kalau raya pula, time aku dulu kalau dapat singgit tu dah kire gembira sangat da... sbb boleh kumpul buat beli mercun (time kecik2 lagi la...) atau buat beli benda - benda lain yang rasa nak pakai... hehehe.. aku masa kecik jarang bergaya, jadi duit habis banyak kat basikal sbb modified. :p
tp budak2 sekarang dah pandai da... tgk sampul raye dalam ada seringgit... boleh lagi dia cakap... "ai bang... singgit je ke??" ewah2 budak nih... kire bersyukur la aku bagi singgit. daripada x bagi apa... hahaha.. :p then ada juga yang datang raye.. bagi salam, duduk, minum air, pastu balik... aik?? cepatnye... hahaha... macam2 gelagat budak2 sekarang.

demu chan said:  x sabar nak tunggu raya... :)


K. Bye!

Wednesday 3 August 2011

Cinta Muka Buku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Khas utk mereka - mereka yang bercinta di "Muka Buku." tapi harus di ingat bahawa kita sebagai umat Islam perlu menjaga batas pergaulan dengan pasangan. Jagalah maruahnya agar sentiasa suci dan janganlah dinodai hanya kerana nafsu. Jika anda benar - benar menyayangi seseorang itu, janganlah biarkan ia terlalu lama dan menanti kamu. ingatlah...

K. Bye!

Ramadhan Datang Lagi...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, Syukur pada Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa bagi tahun ini. Pejam celik2x, rupanya dah pun nak sampai penghujung tahun 2011. sekejapnya masa berlalu kan. Apapun, diharapkan Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada tahun - tahun sebelumnya.. InsyaAllah..

Tahun nih adalah tahun kedua aku berpuasa di tempat kerjaku dan tahun ni jugalah tahun pertama aku berpuasa di rumah sewa baru. Tahun lepas dapat juga aku berpuasa dengan abang kandung aku di Puchong, tapi kali ini bersama - sama rakan rumah @ rakan sekerja. Bazar Ramadhan di sini pun adalah tempat baru aku... hehehe...

Seperti yang korang lihat di atas, adalah hasil design "last minute" punye kerja untuk sama - sama menyambut ramadhan kali ini. Di sini juga aku ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H" kepada semua umat Islam diseluruh dunia dan Malaysia khususnya. :)

K. Bye!

Sunday 31 July 2011

Oh! Captain America...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam, ambo ingat nak menonton cerita captain america.. bile nak beli tiket, tgk seat penuh plak. adeh.. so, dengan itu.. ambo membeli tiket utk keesokan harinya (hari ni ler) waktu petang. nasib baik masa ambo datang beli tiket tu masih x ramai lagi orang berkunjung. klu x, mau beratur 1-2jam.. huhu..

Actually, ambo mmg minat dgn karakter "Captain Amerika" ni. tgk badan, "Tuff" pastu "stand alone" menewaskan penjenayah. Kena pula Captain Amerika ni daripada marvel punya komik. lagi la ambo suka sbb kebanyakan komik marvel ni cerita2 pasal superhero. Macam Superman, Iron Man, dan lain - lain. Dulu mase kecik2 suka tengok kartun, ni la jadinya.

nak review sgt pun x boleh sbb x tgk lagi.. nti dah tgk, ambo buat review yerk... hehehe...

K. Bye!

Saturday 30 July 2011

Tune Oh Tune... Datanglah..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masuk hari ini, dah 3 hari aku menulis di blog ini... namun masih belum dapat 'tune' blogging aku... adeh..! mungkin disebabkan aku sudah lama meninggalkan zaman blogging ku dulu, that why jadi macam nih. tapi tidak mengapa, aku akan cuba mendapatkan 'tune' tu balik agar aku masih dapat berblog seperti dulu.

actually, bloggging bagi aku adalah sama seperti kita main muzik. kalau kena 'tune' lagu tu.. sedap untuk kita mainkan sekali lagi atau mendengarnya sekali lagi. begitu juga dengan blogging. Kena 'tune' dia.. senang untuk menulis sesebuah entry tanpa berfikir @ merancang untuk tulis apa dalam blog. Idea tu datang dengan sendirinya. itu yang best bila dalam blogging.

p/s: perut dah lapar. nak cari makan... weekend pun kena kerja. adeh!

K. Bye!

Friday 29 July 2011

Setahun Sudah Berlalu



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pejam celik2x, sudah setahun aku berkhidmat di salah sebuah "Firma" Badan Berkanun. Macam - macam yang aku belajar di sini walaupun seringkali ada juga kena marah, kena "bambu" dan lain - lain, mungkin inilah cabaran yang perlu aku lalui di alam pekerjaan. Selama setahun ini jugalah dapat mematangkan lagi diriku tentang erti kehidupan.

Hari demi hari, bulan silih berganti, ada saja "wajah baru" yang muncul di sini. Ada yang pendiam, ada yang periang, ada juga yang "huru - hara". bila di ingat2x kembali... memang kelakar semua ini. Macam - macam ragam ada. hahahaha..

bermula bulan depan, masuk buku "Diari" tahun kedua aku di sini. Apa yang aku harapkan, agar banyak benda lagi yang perlu aku belajar daripada orang di sini. Sekurang - kurangnya nanti, bila aku ditempat lain, pengalaman itu mungkin berguna untuk aku.

K. Bye!

p/s: di sini jugalah cinta hatiku berputik... cewah..! hehehe.. :p

Thursday 28 July 2011

Bermula Sekali Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Sudah lama aku tidak menceburkan diri dalam blogging ni. hampir 2 - 3 tahun jugak la selepas BlogFik.com ditutup kerana ada masalah pentadbiran, Tambahan pula ketika itu, blog agak suram selepas munculnya Facebook dan seorang demi seorang member Blog "retire" daripada Blogging.

Actually, aku ada juga "Terbit"kan beberapa blog aku dalam tahun nih.. ada dua kalau tak silap. tapi Blog tu ada pengkhususannya sendiri dan aku tidak mahu kacau Blog tu untuk jadikannya sebagai Blog peribadi. Dengan itu, aku create blog ni sebagai Blog peribadi aku. menggunakan 'Nickname' aku sebelum ini "Demu Chan" di facebook, kali nih aku jadikannya sebagai URL untuk blog nih.. :)

Ok la, tak mau cerita panjang di sini dan salam perkenalan untuk sesiapa yang masih belum kenal aku..

K. Bye!