Pages

Sunday 31 July 2011

Oh! Captain America...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam, ambo ingat nak menonton cerita captain america.. bile nak beli tiket, tgk seat penuh plak. adeh.. so, dengan itu.. ambo membeli tiket utk keesokan harinya (hari ni ler) waktu petang. nasib baik masa ambo datang beli tiket tu masih x ramai lagi orang berkunjung. klu x, mau beratur 1-2jam.. huhu..

Actually, ambo mmg minat dgn karakter "Captain Amerika" ni. tgk badan, "Tuff" pastu "stand alone" menewaskan penjenayah. Kena pula Captain Amerika ni daripada marvel punya komik. lagi la ambo suka sbb kebanyakan komik marvel ni cerita2 pasal superhero. Macam Superman, Iron Man, dan lain - lain. Dulu mase kecik2 suka tengok kartun, ni la jadinya.

nak review sgt pun x boleh sbb x tgk lagi.. nti dah tgk, ambo buat review yerk... hehehe...

K. Bye!

Saturday 30 July 2011

Tune Oh Tune... Datanglah..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masuk hari ini, dah 3 hari aku menulis di blog ini... namun masih belum dapat 'tune' blogging aku... adeh..! mungkin disebabkan aku sudah lama meninggalkan zaman blogging ku dulu, that why jadi macam nih. tapi tidak mengapa, aku akan cuba mendapatkan 'tune' tu balik agar aku masih dapat berblog seperti dulu.

actually, bloggging bagi aku adalah sama seperti kita main muzik. kalau kena 'tune' lagu tu.. sedap untuk kita mainkan sekali lagi atau mendengarnya sekali lagi. begitu juga dengan blogging. Kena 'tune' dia.. senang untuk menulis sesebuah entry tanpa berfikir @ merancang untuk tulis apa dalam blog. Idea tu datang dengan sendirinya. itu yang best bila dalam blogging.

p/s: perut dah lapar. nak cari makan... weekend pun kena kerja. adeh!

K. Bye!

Friday 29 July 2011

Setahun Sudah Berlalu



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pejam celik2x, sudah setahun aku berkhidmat di salah sebuah "Firma" Badan Berkanun. Macam - macam yang aku belajar di sini walaupun seringkali ada juga kena marah, kena "bambu" dan lain - lain, mungkin inilah cabaran yang perlu aku lalui di alam pekerjaan. Selama setahun ini jugalah dapat mematangkan lagi diriku tentang erti kehidupan.

Hari demi hari, bulan silih berganti, ada saja "wajah baru" yang muncul di sini. Ada yang pendiam, ada yang periang, ada juga yang "huru - hara". bila di ingat2x kembali... memang kelakar semua ini. Macam - macam ragam ada. hahahaha..

bermula bulan depan, masuk buku "Diari" tahun kedua aku di sini. Apa yang aku harapkan, agar banyak benda lagi yang perlu aku belajar daripada orang di sini. Sekurang - kurangnya nanti, bila aku ditempat lain, pengalaman itu mungkin berguna untuk aku.

K. Bye!

p/s: di sini jugalah cinta hatiku berputik... cewah..! hehehe.. :p

Thursday 28 July 2011

Bermula Sekali Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Sudah lama aku tidak menceburkan diri dalam blogging ni. hampir 2 - 3 tahun jugak la selepas BlogFik.com ditutup kerana ada masalah pentadbiran, Tambahan pula ketika itu, blog agak suram selepas munculnya Facebook dan seorang demi seorang member Blog "retire" daripada Blogging.

Actually, aku ada juga "Terbit"kan beberapa blog aku dalam tahun nih.. ada dua kalau tak silap. tapi Blog tu ada pengkhususannya sendiri dan aku tidak mahu kacau Blog tu untuk jadikannya sebagai Blog peribadi. Dengan itu, aku create blog ni sebagai Blog peribadi aku. menggunakan 'Nickname' aku sebelum ini "Demu Chan" di facebook, kali nih aku jadikannya sebagai URL untuk blog nih.. :)

Ok la, tak mau cerita panjang di sini dan salam perkenalan untuk sesiapa yang masih belum kenal aku..

K. Bye!