Pages

Thursday 15 September 2011

Merenung Masa Depan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

dah lama aku x update blog. Hari ni baru berkesempatan meringankan tangan untuk update post baru nih. 2 minggu berturut - turut melunaskan kerja yang belum selesai, menyertai bengkel (orang teknikal) dan persiapan untuk pelajar baru yang bakal mendaftar. Sememangnya menguji kudrat dan keringat aku dan Alhamdulillah, satu per satu kerja itu selesai.

 ok, stop cerita pasal kerja. Sebenarnya, aku sedang mencari lubang - lubang kerja yang masih kosong untuk di isi sebagai juruteknik komputer. Kalau boleh, biarlah jawatan tu tetap. kukuh la sedikit kewangan kan. bukan apa. banyak perkara yang aku perlu lakukan dan selesaikan ketika usia muda nih. nak sambung blaja dan beberapa hal peribadi lain. kalau kerja dengan orang (kedai or syarikat bukan gomen) mungkin aku boleh konsider untuk berhenti seketika dan menyambung pelajaranku. tetapi, bila dah dapat gomen nih rasa sayang nak tinggalkan jawatan sebab banyak benefit yang kita dapat. kebanyakan kita pun mencari keje gomen. betul x??

Bila difikirkan, entah bila la aku dapat sambung study nih. tengok la keadaan macam mana nanti. sama ada ianya mengizinkan ataupun sebaliknya.

#k.. bai

Sunday 4 September 2011

Baraan Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama juga aku meninggalkan blog ini  waktu raya... Seminggu lebih juga la. hehehe... maklum la, rumah kat kg xde tenet. nak tethering dengan phone aku pun x dapat sebab kat kg xde 3G DiGi. ni dah balik ke Serdang, dapat lah online sampai lebam... hehehe...

Ok, nak dimulakan cerita, tanggal 31 Ogos 2011 (Hari Raya Kedua), orang kampung aku atau lebih tepat lagi Ahli Kariah Surau An-Nikmah Lorong 6 telah mengadakan baraan kampung untuk ziarah - menziarahi rakan - rakan dari rumah ke rumah. Acara ni mmg setiap tahun di adakan. jika dahulu, baraan ni diadakan pada Hari Raya Pertama, sejak tahun berapa tah... (lupe... muehehehe) telah diubah pada Hari Raya Kedua.

Suasana?? xpayah cerita lah... mmg meriah. apatah lagi baraan kali ni hanya belia - belia kg je dan sebilangan warga tua yang sertai. adik - adik, abg - abg, sedara mara lelaki semuanya menaiki motorsikal. hehehe... klu dah naik motor tue, paham - paham je la bunyi ekzos macam mane kan... hahaha...

Pagi tue, hujan rahmat turun membasahi kawasan kg. kalau ikutkan, pukul 8.30am or 9.00am dah start baraan dah. tapi disebabkan hujan pada ketika itu, maka tunggulah sehingga hujan reda pada sekitar pukul 10.00am. Alhamdulillah, lepas je hujan reda... cuaca "sejuk" mengiringi baraan kg kali nih... langsung xde panas terik. Rahmat Allah SWT kan.. siapa tahu. betul x?? :)

macam biasa setiap tahun, baraan ni dimulakan dirumah Tok Imam surau, Nazir surau, danPengerusi surau. selepas itu barulah rumah "anak - anak buah" @ ahli kariah surau.






Sekitar Baraan Kg. Sg. Sireh -Gambar-

dan penghujung program baraan nih, kami semua sempat mengadakan sesi fotoshoot bersama orang kampung beserta motorsikal masing - masing untuk dijadikan kenangan. waktu tu pun dah nak masuk maghrib. sekitar 6.30pm ke 6.45pm. dengan beberapa shot yang diambil, aku telah memilih gambar yang "the best" utk tatapan anda dan orang kg. aku. hehehe...



#okbai