Pages

Thursday 15 September 2011

Merenung Masa Depan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

dah lama aku x update blog. Hari ni baru berkesempatan meringankan tangan untuk update post baru nih. 2 minggu berturut - turut melunaskan kerja yang belum selesai, menyertai bengkel (orang teknikal) dan persiapan untuk pelajar baru yang bakal mendaftar. Sememangnya menguji kudrat dan keringat aku dan Alhamdulillah, satu per satu kerja itu selesai.

 ok, stop cerita pasal kerja. Sebenarnya, aku sedang mencari lubang - lubang kerja yang masih kosong untuk di isi sebagai juruteknik komputer. Kalau boleh, biarlah jawatan tu tetap. kukuh la sedikit kewangan kan. bukan apa. banyak perkara yang aku perlu lakukan dan selesaikan ketika usia muda nih. nak sambung blaja dan beberapa hal peribadi lain. kalau kerja dengan orang (kedai or syarikat bukan gomen) mungkin aku boleh konsider untuk berhenti seketika dan menyambung pelajaranku. tetapi, bila dah dapat gomen nih rasa sayang nak tinggalkan jawatan sebab banyak benefit yang kita dapat. kebanyakan kita pun mencari keje gomen. betul x??

Bila difikirkan, entah bila la aku dapat sambung study nih. tengok la keadaan macam mana nanti. sama ada ianya mengizinkan ataupun sebaliknya.

#k.. bai

No comments:

Post a Comment