Pages

Friday 26 August 2011

Selamat Hari Raya


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

rasa seperti sekejap sahaja ramadhan kali ini kan... tau2 dah pun 26 ramadhan dan beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan syawal pula.  Nak raya da?? cepatnye?? hehehe... seperti tidak sabar pula menunggu raya. :)

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andainya ada salah silap sepanjang perkenalan dengan rakan - rakan sekalian. jikalau ada TERkasar bahasa, TERover, TERmengumpat dan bermacam - macam lagi "TER..."nya, maafkan diri ini.

tahun ni tak tau la macam mana perjalanan selama 1 minggu cuti beraya nih kerana 5hb sudahpun kembali bertugas. aku pun sedang menyusun jadual hari raya ni dan insyaAllah, jika berkesempatan, aku datang beraya dirumah kawan - kawan satu sekolah dulu. rindunya aku pada mereka.


Jikalau ada masa yang terluang, jemput la datang ke rumah saya beraya ya.!memeriahkan lagi suasana hari raya. :)

K. Bye!

No comments:

Post a Comment